USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN PUAN ROSLIZA

NAMA     : ROSLIZA BINTI SAIDIN
UMUR    : 50 TAHUN
AHLI       : 2018

 

Latar belakang

Puan Rosliza memulakan perniagaannya pada tahun 2010 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Rosliza pada asalnya hanya membuka sebuah kedai makan kecil di Bidor selama 2 tahun. Kedainya tiada sambutan dan kerugian yang besar. Selepas 2 tahun mencuba nasib berniaga di bidor akhirnya Puan Rosliza menutup kedai. Beliau mencuba nasib dengan tender kantin sekolah bidor selama 4 tahun. Selepas tamat tender Puan Rosliza berpindah ke Felda Trolak Selatan dan membuka kedai makan sekali lagi, Dengan berkat kesabaran Puan Rosliza kedai makannya mendapat sambutan dari oran ramai dan juga penduduk  setempat. Kedai makan Puan Rosliza terletak di dalam kawasan kedai Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Tiada sambutan dan terpaksa tutup kedai makan

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini kedai beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke kedai beliau dan sehingga kini kedai makanan beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

Kedai makan Puan Rosliza dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 12.00 malam.

 

 

Puan Rosliza sedang melayani pelanggan di kedainya.

 

Puan Rosliza berdiri ditengah bersama dua orang pekerjanya.

USAHAWAN PERNIAGAAN BUTIK PAKAIAN PUAN NORAIN

NAMA     : NORAIN BINTI HASSAN
UMUR    : 53 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhasnida memulakan perniagaannya pada tahun 2007 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Norain pada asalnya hanya berniaga dari dalam kereta dan menjualnya dari rumah ke rumah. Selepas jualannya mendapat sambutan dari orang  ramai dan juga penduduk  setempat Puan Norain membuat keputusan untuk menambahbaikan jualan dengan membuka sebuah butik. Butik pakaian  Puan Norain terletak di dalam kawasan kedai Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini butik beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke butik beliau dan sehingga kini butik pakaian beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

Butik pakaian Puan Norain dibuka pada pukul 10.00 pagi sehingga 6 petang.

 

Suami kepada Puan Norain sedang siap sedia untuk membuka butik milik Puan Norain.

 

 

 

Selain pakaian, toto serta pencuci pakaian boleh dapatkan di butik Puan Norain.

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN RnR BULUH HIJAU

NAMA     : NOR FARTIN NAJUA BINTI ROMZI
UMUR    : 28 TAHUN
AHLI       : 2019

 

Latar belakang

Puan Nor Fartin Najua memulakan perniagaannya pada tahun 2019 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Nor Fartin Najua hanya membuka sebuah makanan dan minuman. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk  setempat Puan Nor Fartin Najua membuat keputusan untuk menambah makanan yang berasaskan wastren food di kedainya. Kedai  Puan Nor Fartin Najua di simpang jalan besar felda trolak selatan.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Kurang sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis makanan dan minuman dan kini mahir menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau. Sehingga kini kedai minuman beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar.

 

Kedai makan Puan Nor Fartin Najua

 

Antara jenis-jenis makanan dan minuman  yang disediakan di kedai milik Puan Nor Fartin Najua.

 

Puan Nor Fartin Najua menggunakan Facebooknya untuk mengiklankan kedai makan yang beliau sedang usahakan.

 

CELIK IT

NAMA     : NG CHEE PING
UMUR    : 9 TAHUN
AHLI       : 2018

 

Latar belakang

Ng Chee Peng mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang dibuat setiap bulan, beliau sudah mahir menggunakan internet dan juga sudah pandai menggunakan Microsoft Words. Selain itu beliau juga sedang belajar cara untuk menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer dan semangat menghadirkan diri ke kelas komputer yang dianjurkan oleh pusat internet.Beliau juga sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya semasa kelas komputer.

 

Ng Chee Peng (berbaju biru muda) dari kanan, sedang mengikuti kelas komputer Adobe Photoshop bersama-sama rakan-rakannya.

 

Ng Chee Peng sedang mengajar rakannya menggunakan Adobe Photoshop untuk menyunting gambar.

 

Ng Chee Peng juga turut serta dalam kelas Dashboard : My Komuniti yang diadakan sebelum-sebelum ini.

 

Ng Chee Peng sedang menyertai pertandingan Jigsaw Puzzle yang diadakan di Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam. 

CELIK IT

NAMA     : CHAI PIN HAO
UMUR    : 8 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Chai Pin Hao mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang dibuat setiap bulan, beliau sudah mahir menggunakan internet dan juga sudah pandai menggunakan Microsoft Words. Selain itu beliau juga sedang belajar cara menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint . Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer dan semangat menghadirkan diri ke kelas komputer yang dianjurkan oleh pusat internet.

 

Chai Pin Hao sedang belajar menggunakan Microsoft Excel untuk membuat kira-kira.

 

Chai Pin Hao sedang mengajar rakan-rakannya menggunakan Adobe Photoshop untuk menyunting gambar.

 

Chai Pin Hao sedang menggunakan aplikasi permainan online untuk menguasai Bahasa English.

 

Chai Pin Hao berjaya dapat tempat kedua dalam kuiz Adobe Photoshope yang diadakan di pusat internet.

 

 

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN

NAMA    : FARIZAEDURA BINTI SAMSURI
UMUR   : 26 TAHUN
AHLI      : 2016

 

Latar belakang

Puan Farizaedura memulakan perniagaan pada tahun 2015 dengan hanya menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Farizedura pada asalnya hanya membuka kedai kecil-kecilan yang hanya menjual serba sedikit makanan dan minuman. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat, Puan Farizaedura membuat keputusan untuk menambah lebih banyak menu di kedainya. Selain daripada membuka kedai makan dan minuman, beliau juga ada membuat jualan secara online bagi menambahkan pendapatannya. Kedai Puan Farizaedura terletak berhadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Hanya penduduk setempat dan berdekatan dengan kedainya sahaja yang mengetahui kedai beliau dibuka.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis menu makanan dan minuman dan kini giat menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau dan jugak produk-produk yang beliau jual facebooknya.

 

Puan Farizaedura sedang melayani pelanggan yang mengunjungi keadinya.

 

 

 

Antara menu-menu yang disediakan di kedai milik Puan Farizaedura

 

Puan Farizaedura menggunakan facebook untuk mengiklan kedai beliau sekaligus mengiklankan produk-produk yang beliau jual.

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN

NAMA     : NORHASNIDA BINTI WAHAB
UMUR    : 40 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhasnida memulakan perniagaannya pada tahun 2016 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Norhasnida pada asalnya hanya membuka sebuah kedai makan kecil. Selepas kedainya mendapat sambutan dari orang  ramai dan juga penduduk  setempat Puan Norhasnida membuat keputusan untuk menambahbaikan kedai beliau supaya orang ramai dapat menjamu selera di kedainya. Kedai  Puan Norhasnida terletak berhadapan Sekolah Menengah Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini kedai beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke kedai beliau dan sehingga kini kedai makanan beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

kedai makan Puan Norhasnida dibuka pada pukul 5.00 petang sehingga 12.00 malam.

 

Puan Norhasnida sedang siap sedia untuk membuka kedainya.

 

Pelanggan yang terdiri daripada penduduk setempat.

 

Puan Norhasnida menggunakan Facebooknya untuk mengiklankan kedai makan beliau.

Kalendar

October 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31