USAHAWAN PERNIAGAAN BUTIK PAKAIAN PUAN NORAIN

NAMA     : NORAIN BINTI HASSAN
UMUR    : 53 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhasnida memulakan perniagaannya pada tahun 2007 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Norain pada asalnya hanya berniaga dari dalam kereta dan menjualnya dari rumah ke rumah. Selepas jualannya mendapat sambutan dari orang  ramai dan juga penduduk  setempat Puan Norain membuat keputusan untuk menambahbaikan jualan dengan membuka sebuah butik. Butik pakaian  Puan Norain terletak di dalam kawasan kedai Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini butik beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke butik beliau dan sehingga kini butik pakaian beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

Butik pakaian Puan Norain dibuka pada pukul 10.00 pagi sehingga 6 petang.

 

Suami kepada Puan Norain sedang siap sedia untuk membuka butik milik Puan Norain.

 

 

 

Selain pakaian, toto serta pencuci pakaian boleh dapatkan di butik Puan Norain.