PELANCONGAN DAN TARIKAN DI KUALA BIKAM
Kegiatan pelancongan di Kg Baru Kuala Bikam ini lebih tertumpu kepada konsep pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk kampung ini. Kunjungan pihak luar ke Kg Baru Kuala Bikam adalah untuk melihat sendiri proses tanaman dan teknologi tinggi yang di gunakan penduduk dalam menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan penghasilan kuantiti yang optimum bagi setiap musim menuainya. Salah satu daripadanya adalah buah manga yang manis dan bersaiz besar yang menjadi satu kemestian pengunjung untuk singgah membeli di antara laluan Tapah ke Bidor sama ada di Jalan Persekutuan mahupun Lebuhraya Plus. Begitu juga dengan keistimewaan jambu batu yang di hasilkan tanpa biji dan jambu air yang manis sehingga sesetengah pengunjung mengelarkannya jambu madu. Selain daripada itu,terdapat juga betik,nangka,ubi dan sengkuang turut di hasilkan penduduk Kg Baru Kuala Bikam.
Salah satu aktiviti pelancongan yang akan berlangsung pada 28-29/3/2015 di Kg Baru Kuala Bikam adalah kunjungan daripada pelajar universiti UTAR. Mereka akan menginap sehari di kampung ini untuk belajar serba sediikit pengetahuan berkenaan pertanian. Lawatan ke kebun buah-buahan dan sayur-sayuran.
Aktiviti pelancongan lain turut menjadi tarikan pengunjung adalah lombong bijih timah yang menjadi tarikan kaki pancing daripada Teluk Intan dan Bidor untuk memancing.