KESELAMATAN DI KUALA BIKAM

         Tahap keselamatan di Kuala Bikam mencapai tahap yang amat bagus. Hal ini berdasarkan rekod jenayah yang menuju sifar. Walaupun tidak ada balai polis atau pondok polis, pasukan polis tetap akan mebuat rondaan di sekitar Kuala Bikam bagi memastikan kesejahteraan penduduk dapat berterusan. Selain itu, Kampung Kuala Bikam mempunyai pasukan RELA yang juga terdiri daripada penduduk di situ. Semangat kejiranan komuniti disini banyak membantu  dan memudahkan pihak keselamatan bagi menjaga keselamatan penduduk di Kuala Bikam ini.

 

 

 Unit RELA yang bertugas menjaga keselamatan apabila ada program atau majlis besar di sekitar Kuala Bikam. Mereka dari RELA daerah Batang Padang/ Tapah yang sentiasa memberi komited terhadap tugasan bagi memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar.