USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MINUMAN

NAMA     : ROSLINA BINTI MOHD SHAPIAI
UMUR    : 39 TAHUN
AHLI       : 2016

 

Latar belakang

Puan Roslina memulakan perniagaan pada tahun 2016 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan pernigaan. Puan Roslina pada asalnya hanya membuka sebuah kedai kecil yang hanya menjual minuman berperisa. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat, Puan Roslina membuat keputusan untuk menambah lebih banyak minuman seperti milo, dan juga minuman shake di kedainya. Kedai Puan Roslina terletak berhadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Tiada sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis minuman dan kini giat menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau. Sehingga kini kedai minuman beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar.

 

Puan Roslina sedang melayani pelanggan yang mengunjungi kedainya.

 

 

Antara jenis-jenis minuman  yang disediakan di kedai milik Puan Roslina.

 

Puan Roslina menggunakan Facebooknya untuk mengiklankan kedai minuman yang beliau jual.