USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MEE UDANG KAK ZAI (PERKARANGAN MASJID JAMEK) SUNGKAI, PERAK

NAMA     : NURUL HUDA BINTI ZAINUDDIN
UMUR    : 33 TAHUN
AHLI       : 2018

 

Latar belakang

Puan Nur Huda asalnya hanya membuka kedai kecil-kecilan. Atas keazaman dan permintaan yang tinggi, Puan Nur Huda membuat keputusan untuk membuka kedai lebih besar dan selesa iaitu bertempat di Perkarrangan Masjid Jamek Sungkai.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300 sahaja ia bergantung juga pada hari hujung minggu atau cuti umum.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis menu makanan dan minuman dan giat menggunakan komputer untuk buat iklan. Bila ada waktu lapang beliau juga mencari menu-menu yang lebih menarik untuk dijadikan menu yang akan datang menggunakan internet. Kini, pendapatannya mencecah RM 2500.00 ke atas dalam sehari terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

 

Puan Nur Huda bersama dengan pekerja-pekerjanya di kedai mee udang kak zai miliknya.

 

Antara menu istimewa yang disediakan di kedai makan milik Puan Nur Huda iaitu mee udang.

 

Puan Nur Huda menggunakan facebook page untuk mengiklankan kedai makannya. Pelbagai respon daripada pelanggan yang diperolehi hasil daripada kewujudan facebook page ini. Tambahan pula, Puan Nur Huda menjadikan respon-respon tersebut untuk memperbaiki kualiti makanan dan minuman di kedainya.