CELIK IT

NAMA    : MAZLAN BIN CHE OTHMAN @ BUN LIAM
UMUR   : 49 TAHUN
AHLI      : 2019

 

Latar belakang

Encik Mazlan mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Words.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan setiap bulan, beliau sudah mahir menggunakan internet dan juga sudah pandai membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Words untuk diserahkan kepada jemputan-jemputan dan sebagainya. Selain itu, beliau juga belajar cara menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint . Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin mahir menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk membuat hebahan mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan dijalankan kepada komuniti.

 

Encik Mazlan sedang menggunakan komputer di pusat internet untuk membuat surat rasmi dengan pimbingan petugas.

 

Selepas petugas mengajar beliau membuat surat rasmi, Encik Mazlan cuba menyusun atur acara majlis sendirian tanpa bantuan petugas. Ini kerana, beliau ingin cuba membuatnya sendiri dan ingin menguasainya tanpa bantuan petugas.

 

Encik Mazlan baru menubuhakan Facebook Page hasil pembelajaran di pusat internet. Facebook Page ini digunakan untuk membuat heebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh MPKK kawasannya.