USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN

NAMA     : NORHASNIDA BINTI WAHAB
UMUR    : 40 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhasnida memulakan perniagaannya pada tahun 2016 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Norhasnida pada asalnya hanya membuka sebuah kedai makan kecil. Selepas kedainya mendapat sambutan dari orang  ramai dan juga penduduk  setempat Puan Norhasnida membuat keputusan untuk menambahbaikan kedai beliau supaya orang ramai dapat menjamu selera di kedainya. Kedai  Puan Norhasnida terletak berhadapan Sekolah Menengah Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini kedai beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke kedai beliau dan sehingga kini kedai makanan beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

kedai makan Puan Norhasnida dibuka pada pukul 5.00 petang sehingga 12.00 malam.

 

Puan Norhasnida sedang siap sedia untuk membuka kedainya.

 

Pelanggan yang terdiri daripada penduduk setempat.

 

Puan Norhasnida menggunakan Facebooknya untuk mengiklankan kedai makan beliau.