USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN PUAN ROSLIZA

NAMA     : ROSLIZA BINTI SAIDIN
UMUR    : 50 TAHUN
AHLI       : 2018

 

Latar belakang

Puan Rosliza memulakan perniagaannya pada tahun 2010 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Rosliza pada asalnya hanya membuka sebuah kedai makan kecil di Bidor selama 2 tahun. Kedainya tiada sambutan dan kerugian yang besar. Selepas 2 tahun mencuba nasib berniaga di bidor akhirnya Puan Rosliza menutup kedai. Beliau mencuba nasib dengan tender kantin sekolah bidor selama 4 tahun. Selepas tamat tender Puan Rosliza berpindah ke Felda Trolak Selatan dan membuka kedai makan sekali lagi, Dengan berkat kesabaran Puan Rosliza kedai makannya mendapat sambutan dari oran ramai dan juga penduduk  setempat. Kedai makan Puan Rosliza terletak di dalam kawasan kedai Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Tiada sambutan dan terpaksa tutup kedai makan

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini kedai beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus datang ke kedai beliau dan sehingga kini kedai makanan beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar yang singgah atau pulang ke kampung.

 

Kedai makan Puan Rosliza dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 12.00 malam.

 

 

Puan Rosliza sedang melayani pelanggan di kedainya.

 

Puan Rosliza berdiri ditengah bersama dua orang pekerjanya.