CELIK IT

NAMA     : CHAI PIN HAO
UMUR    : 8 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Chai Pin Hao mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Office dan Adobe Photoshop.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang dibuat setiap bulan, beliau sudah mahir menggunakan internet dan juga sudah pandai menggunakan Microsoft Words. Selain itu beliau juga sedang belajar cara menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint . Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer dan semangat menghadirkan diri ke kelas komputer yang dianjurkan oleh pusat internet.

 

Chai Pin Hao sedang belajar menggunakan Microsoft Excel untuk membuat kira-kira.

 

Chai Pin Hao sedang mengajar rakan-rakannya menggunakan Adobe Photoshop untuk menyunting gambar.

 

Chai Pin Hao sedang menggunakan aplikasi permainan online untuk menguasai Bahasa English.

 

Chai Pin Hao berjaya dapat tempat kedua dalam kuiz Adobe Photoshope yang diadakan di pusat internet.

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MINUMAN

NAMA     : ROSLINA BINTI MOHD SHAPIAI
UMUR    : 39 TAHUN
AHLI       : 2016

 

Latar belakang

Puan Roslina memulakan perniagaan pada tahun 2016 dan menggunakan modal sendiri untuk memulakan pernigaan. Puan Roslina pada asalnya hanya membuka sebuah kedai kecil yang hanya menjual minuman berperisa. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat, Puan Roslina membuat keputusan untuk menambah lebih banyak minuman seperti milo, dan juga minuman shake di kedainya. Kedai Puan Roslina terletak berhadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Tiada sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis minuman dan kini giat menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau. Sehingga kini kedai minuman beliau telah pun mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan juga luar.

 

Puan Roslina sedang melayani pelanggan yang mengunjungi kedainya.

 

 

Antara jenis-jenis minuman  yang disediakan di kedai milik Puan Roslina.

 

Puan Roslina menggunakan Facebooknya untuk mengiklankan kedai minuman yang beliau jual.

USAHAWAN PERNIAGAAN AISKRIM POTONG

NAMA    : NURAISAH BINTI ZAINUDDIN
UMUR   : 29 TAHUN
AHLI      : 2018

 

Latar belakang

Puan Nur Aisah dan suaminya menjual aiskrim potong sebagai salah satu cabang perniagaannya. Beliau menjual aiskrimnya di pasar malam, pasar sehari, majlis perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Sambutan menggalakkan kerana dengan ekonomi sekarang yang menginkan perkhidmatan yang berpatutan.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 300 sahaja ia bergantung juga pada musim dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah servis hasil daripada rujukan beliau di dalam internet.

 

Puan Nuraisah bersama pelanggan di tapak pasar malam Sungkai.

 

Stok aiskrim potong yang ada di rumahnya di simpan di dalam peti ais.

 

Puan Nuraisah menggunakan media social Facebook untuk  mengiklankan aiskrim potongnya.

 

Puan Nuraisah menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN

NAMA    : FARIZAEDURA BINTI SAMSURI
UMUR   : 26 TAHUN
AHLI      : 2016

 

Latar belakang

Puan Farizaedura memulakan perniagaan pada tahun 2015 dengan hanya menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Farizedura pada asalnya hanya membuka kedai kecil-kecilan yang hanya menjual serba sedikit makanan dan minuman. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat, Puan Farizaedura membuat keputusan untuk menambah lebih banyak menu di kedainya. Selain daripada membuka kedai makan dan minuman, beliau juga ada membuat jualan secara online bagi menambahkan pendapatannya. Kedai Puan Farizaedura terletak berhadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Hanya penduduk setempat dan berdekatan dengan kedainya sahaja yang mengetahui kedai beliau dibuka.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis menu makanan dan minuman dan kini giat menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau dan jugak produk-produk yang beliau jual facebooknya.

 

Puan Farizaedura sedang melayani pelanggan yang mengunjungi keadinya.

 

 

 

Antara menu-menu yang disediakan di kedai milik Puan Farizaedura

 

Puan Farizaedura menggunakan facebook untuk mengiklan kedai beliau sekaligus mengiklankan produk-produk yang beliau jual.

CELIK IT

NAMA    : MAZLAN BIN CHE OTHMAN @ BUN LIAM
UMUR   : 49 TAHUN
AHLI      : 2019

 

Latar belakang

Encik Mazlan mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan Microsoft Words.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan setiap bulan, beliau sudah mahir menggunakan internet dan juga sudah pandai membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Words untuk diserahkan kepada jemputan-jemputan dan sebagainya. Selain itu, beliau juga belajar cara menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint . Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin mahir menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk membuat hebahan mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan dijalankan kepada komuniti.

 

Encik Mazlan sedang menggunakan komputer di pusat internet untuk membuat surat rasmi dengan pimbingan petugas.

 

Selepas petugas mengajar beliau membuat surat rasmi, Encik Mazlan cuba menyusun atur acara majlis sendirian tanpa bantuan petugas. Ini kerana, beliau ingin cuba membuatnya sendiri dan ingin menguasainya tanpa bantuan petugas.

 

Encik Mazlan baru menubuhakan Facebook Page hasil pembelajaran di pusat internet. Facebook Page ini digunakan untuk membuat heebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh MPKK kawasannya.