USAHAWAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN

NAMA    : FARIZAEDURA BINTI SAMSURI
UMUR   : 26 TAHUN
AHLI      : 2016

 

Latar belakang

Puan Farizaedura memulakan perniagaan pada tahun 2015 dengan hanya menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Puan Farizedura pada asalnya hanya membuka kedai kecil-kecilan yang hanya menjual serba sedikit makanan dan minuman. Selepas kedainya mendapat sambutan yang ramai dari penduduk setempat, Puan Farizaedura membuat keputusan untuk menambah lebih banyak menu di kedainya. Selain daripada membuka kedai makan dan minuman, beliau juga ada membuat jualan secara online bagi menambahkan pendapatannya. Kedai Puan Farizaedura terletak berhadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Trolak Selatan, Sungkai Perak.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Hanya penduduk setempat dan berdekatan dengan kedainya sahaja yang mengetahui kedai beliau dibuka.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Baru, Kuala Bikam beliau kini semakin maju dan menambah kepelbagaian jenis menu makanan dan minuman dan kini giat menggunakan komputer untuk mempromosikan kedai beliau dan jugak produk-produk yang beliau jual facebooknya.

 

Puan Farizaedura sedang melayani pelanggan yang mengunjungi keadinya.

 

 

 

Antara menu-menu yang disediakan di kedai milik Puan Farizaedura

 

Puan Farizaedura menggunakan facebook untuk mengiklan kedai beliau sekaligus mengiklankan produk-produk yang beliau jual.