TARIKH :  7 JANUARI 2019
 MASA :  3.30PM- 5.15PM
 PESERTA :  PELAJAR TAHUN 5 SJKC KUALA BIKAM, BIDOR
 LOKASI :  PUSAT INTERNET KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian yang di pantau oleh pihak sekolah. Aplikasi ini disebut sebagai 1BestariNetFrog VLE. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.

Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti :

Peserta akan diminta untuk membuat latihan dan menyiapkan kerja atau latihan yang terdapat didalam laman sesawang/ portal tersebut.

 

 TARIKH :  4 JANUARI 2019
 MASA :  3.00PM - 4.00PM
 PESERTA :  DEWASA / WARGA ESMAS
 LOKASI :  PUSAT INTERNET KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Peserta dapat mempelajari cara membuat kolum menggunakan microsoft excel. Selain itu, peserta dapat mengetahui fungsi-fungsi lain yang terdapat di Microsoft Excel seperti mebuat corak pada huruf, alignment perkataan dan lain-lain.

Aktiviti :

Peserta dikehendaki menyiapkan jadual berkotak dalam masa yang diberikan. Selain itu peserta dikehendaki untuk menulis dan menaip info yang terdapat di kertas rujukan yang diberikan.

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.

 TARIKH : 20 DISEMBER 2018
 MASA : 10.30 AM - 12.30PM
 PESERTA :  PELAJAR KUALA BIKAM
 LOKASI :  PUSAT INTERNET KAMPUNG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

Tujuan :

Peserta dapat mempelajari cara editing menggunakan Adobe Photoshop.

Aktiviti :

Peserta dikehendaki mencari gambar yang berkaitan dengan dengan tajuk yang diberikan. Peserta diajarkan mengeditkan gambar dan membuat poster menggunakan Adobe Photoshop.

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.