TARIKH : 7 DECEMBER 2019
MASA : 10.00AM - 12.00PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan:
Membantu peserta untuk menguasai ilmu ICT. Meningkatkan minat peserta untuk belajar dan kreativiti peserta. Memperkenalkan cara bermain sambil belajar.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar bermain di aplikasi Funbrain.com Petugas membantu dari segi teknikal serta peserta juga dikehendaki mempraktikkannya sendiri.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 30 NOVEMBER 2019
MASA : 8.30AM - 2.30PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : KOMUNITI KG BARU KUALA BIKAM
Tujuan :
Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti penduduk kampung, agensi, MPKK dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
Program bermula dengan pendaftaran pengunjung dan peserta aktiviti. Aktiviti pertama yang dijalankan sepatutnya adalah 1000 Langkah tetapi dibatalkan atas faktor cuaca. Selesai sahaja pengunjung membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran pengunjung diminta duduk di bawah khemah yang disediakan bagi mendengar sesi taklimat dari petugas Pusat Internet berkenaan dengan Klik Dengan Bijak. Dalam taklimat ini, pengunjung didedahkan dengan pelbagai topik berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Setelah selesai taklimat Klik Dengan Bijak petugas membuat beberapa soalan bagi sesi soal jawab bersama pengunjung. Kemudian pengunjung juga disajikan dengan taklimat KWSP cara-cara penyimpanan wang dan juga kebaikan-kebaikan penyimpanan wang dalam KWSP di masa hadapan. Setelah selesai kedua-dua penerangan, aktiviti sukaneka dijalankan seperti isi air dalam botol, tiup belon, musical chair dan mewarna. Tidak ketinggalan juga sukaneka untuk dewasa juga diadakan seperti musical chair dan makan sayur dan buah-buahan terpantas. Seterusnya, seramai 20 orang kanak-kanak yang berdaftar untuk aktiviti berus gigi beramai-ramai dengan dibantu Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Bidor. Pegawai tersebut menerangkan tentang kepentingan menjaga gigi dan memberus gigi dengan menggunakan cara yang betul. Sepanjang program berrlangsung, pengunjung boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan, semakan dari KWSP dan pameran AADK. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil Penasihat Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam seterusnya merasmikan dan menutup majlis Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan serta penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan aktiviti dan cabutan bertuah. Program Lestari ICT Dan Cakna Kesihatan bersama Pusat Internet berlangsung mengikut perancangan dan berjalan dengan lancar. Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam mengharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 27 NOVEMBER 2019
MASA : 2.30PM - 3.30PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Memberi pengenalan kepada pelajar tentang peralatan-peralatan komputer. Memberi praktikal cara menggunakan peralatan komputer dengan betul. Memberi pengetahuan tentang fungsi yang terdapat pada peralatan komputer tersebut.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan tentang perkakasan komputer dan fungsi setiap peralatan tersebut. Kelas kali ini memfokuskan cara menggunakan setiap peralatan komputer. Setelah selesai petugas membuat penerangan bagi setiap peralatan-peralatan komputer, petugas meminta para peserta membuat menjawab kuiz perkakasan komputer pada laman web kahoot.it
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 28 NOVEMBER 2019
MASA : 10.00AM - 11.00AM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk menguasai teknik mewarna melalui pembelajaran atas talian online-coloring.com
Aktiviti :
Peserta belajar mewarna melalui laman web hellokids.com | Educational Computer Games and Apps for Kids.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 22 NOVEMBER 2019
MASA : 2.30PM - 4.30PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Kelas diadakan untuk mempraktik cara menanda lokasi yang menarik di sekitar Kg Baru Kuala Bikam ke dalam Dashboard Komuniti my place.
Aktiviti :
Peserta diminta mengakses dashboard.pi1m.my dengan menggunakan no kad pengenalan dan password masing-masing. Setelah itu petugas menerangkan serba sedikit modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Kemudian petugas meminta peserta memasukkan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Kg Baru Kuala Bikam dan daerah batang padang.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini