TARIKH : | 25 MAC 2019 |
MASA : | 10.00 PAGI - 12.00PM |
PESERTA : | Ahli MPKK Mukim Sungkai |
LOKASI : | Pusat Internet Kampung Baru Kuala Bikam, Bidor |
Tujuan :
Peserta dapat mempelajari sistem maklumat E-Desa PerakGIS dan mengetahui dengan lebih terperinci sistem IT tersebut.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki menyiapkan dan mengemaskini data e-desa bagi setiap kampung yang dipimpinnya. Selain itu, peserta akan diberi latihan untuk memastikan dan menilai tahap kefahaman peserta tentang sistem ini.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.
TARIKH : | 15 MAC 2019 |
MASA : | 3.30PM -4.40PM |
PESERTA : | PELAJAR TAHUN 1 SJK(C) KUALA BIKAM, BIDOR PERAK |
LOKASI : | PUSAT INTERNET KUALA BIKAM, BIDOR PERAK |
Tujuan :
Peserta dapat mempelajari cara membuat kolum menggunakan microsoft excel. Selain itu, peserta dapat mengetahui fungsi-fungsi lain yang terdapat di Microsoft Excel seperti mebuat corak pada huruf, alignment perkataan dan lain-lain.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki menyiapkan jadual berkotak dalam masa yang diberikan. Selain itu peserta dikehendaki untuk menulis dan menaip info yang terdapat di kertas rujukan yang diberikan.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.
TARIKH : | 2 MAC 2019 |
MASA : | 11.00AM - 1.00PM |
PESERTA : | MURID TAHUN 5 SJK(C) KUALA BIKAM, BIDOR |
LOKASI : | PUSAT INTERNET KAMPUNG BARU KUALA BIKAM, PERAK |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian yang di pantau oleh pihak sekolah. Aplikasi ini disebut sebagai 1BestariNetFrog VLE. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.
Aktiviti :
Peserta akan diminta untuk membuat latihan dan menyiapkan kerja atau latihan yang terdapat didalam laman sesawang/ portal tersebut.
Gambar - Rujuk Galeri untuk gambar aktiviti
TARIKH : | 4 MAC 2019 |
MASA : | 2.30PM- 3.30PM |
PESERTA : | MURID TAHUN 1 SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR |
LOKASI : | PUSAT INTERNET KAMPUNG BARU KUALA BIKAM, PERAK |
Tujuan :
Supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui sedikit maklumat mengenai aplikasi mewarna ini dan dapat menggunakannya sebaik mungkin. Pelajar akan diuji mengikut level dan tahap kemahiran yang telah mereka kuasai.
Aktiviti :
Menggunakan sebuah website yang akan membimbing pelajar untuk mewarna. Selain itu pelajar juga diminta untuk membuat hasil warna yang menarik dan sesuatu dengan corak atau lukisan yang diberikan.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.
TARIKH : | 11 FEBRUARI 2019 |
MASA : | 2.30-3.30PM |
PESERTA : | MURID TAHUN 1 SJK(C) KUALA BIKAM, BIDOR |
LOKASI : | PUSAT INTERNET KAMPUNG BARU KUALA BIKAM, BIDOR |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali huruf abc melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, monolak dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung.
Aktiviti :
Peserta belajar menyebut dan menyusun huruf abc melalui laman web ABCya! | Educational Computer Games and Apps for Kids.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini