TARIKH : | 7 JANUARI 2019 |
MASA : | 3.30PM- 5.15PM |
PESERTA : | PELAJAR TAHUN 5 SJKC KUALA BIKAM, BIDOR |
LOKASI : | PUSAT INTERNET KUALA BIKAM, BIDOR |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian yang di pantau oleh pihak sekolah. Aplikasi ini disebut sebagai 1BestariNetFrog VLE. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.
Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti :
Peserta akan diminta untuk membuat latihan dan menyiapkan kerja atau latihan yang terdapat didalam laman sesawang/ portal tersebut.