TARIKH : 27 APRIL 2021
MASA : 2.30 PM - 4.30 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Program bertujuan untuk komuniti memuat naik pengumuman pada dashboard my komuniti setempat bagi memudahkan komuniti menyemak kesihatan segala pengumuman yang telah dibuat oleh komuniti setempat.
Aktiviti :
Peserta diberi pendedahan mengenai pentingnya pengumuman dibuat di dasboard MyKomuniti.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 24 APRIL 2021
MASA : 3.00 PM - 5.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : BELIA
Tujuan :
Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kuala Bikam mengadakan pertandingan Video Kreatif Pusat Internet Komuniti Tahun 2021.
Aktiviti :
Memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan video menggunakan kreativiti sendiri. Peserta belajar membuat video kreatif. Seramai 20 orang peserta telah memasuki pertandingan anjuran Pusat Internet Komuniti. Pertandingan anjuran Pusat Internet Komuniti telah bermula pada 15 Mac 2021 dan telah berakhir pada 23 April 2021. Penyampaian hadiah telah diadakan pada 24 April 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kuala Bikam dan hanya di hadiri oleh para pemenang sahaja mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 20 APRIL 2021
MASA : 2.00 PM - 4.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, tolakkan dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung.
Aktiviti :
Peserta belajar membuat latihan matematik melalui laman web mathplayground.com | Educational Computer Games and Apps for Kids.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 23 APRIL 2021
MASA : 2.30 PM - 4.30 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali huruf abc melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, monolak dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung. Selain abcya.com, pelajar juga diajar untuk mengenal dan mengetahui kiraan sifir yang terdapat di dalam website sifirdarab.com.
Aktiviti :
Peserta belajar menyebut dan menyusun huruf abc melalui laman web ABCya! | Educational Computer Games and Apps for Kids. Selain itu pelajar juga membuat latihan sifirdarab.com
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini
TARIKH : 13 APRIL 2021
MASA : 2.00 PM - 4.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR
PESERTA : WANITA
Tujuan :
Peserta dapat mempelajari cara untuk membuat surat tidak rasmi menggunakan Microsoft Word. Selain itu, peserta dapat mengetahui fungsi-fungsi lain yang terdapat pada Microsoft Word seperti membuat corak pada huruf, alignment perkataan dan lain-lain.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki menyiapkan surat tidak rasmi dalam masa yang diberikan. Selain itu peserta dikehendaki untuk menulis dan menaip info yang terdapat di kertas rujukan yang diberikan.
Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.