TARIKH     : 02 JANUARI 2024

MASA        : 2.30 PM - 4.30 PM

TEMPAT    : PUSAT EKONOMI DIGITAL KUALA BIKAM

PESERTA  : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, tolakkan dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung. 

 

Aktiviti :

Peserta belajar membuat latihan matematik melalui laman web mathplayground.com | Educational Computer Games and Apps for Kids. 

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.

TARIKH     : 18 DISEMBER 2023

MASA        : 8.30 AM - 5.30 PM

TEMPAT    : SUNWAY LOST WORLD HOTEL, IPOH

PESERTA  : USAHAWAN

 

Tujuan :

Bengkel ini dihadiri oleh Usahawan yang menjalankan perniagaan di sekitar Ipoh. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk perniagaan di secara atas talian (online) dengan mudah, berkesan dan menjimatkan masa. Bengkel ini dapat membantu usahawan dalam menjana pendapatan melalui pemasaran dan promosi atas talian. Peserta turut didedahkan tentang strategi perniagaan online yang berkesan.

 

Aktiviti :

Sesi bengkel Google Business Profile diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan cara-cara untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian. Para usahawan turut diberi penerangan tentang trend perniagaan semasa. Peserta juga didedahkan tentang teknik pengeditan foto untuk pengiklanan.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini

TARIKH     : 15 DISEMBER 2023

MASA        : 10.30 AM - 12.30 PM

TEMPAT    : PUSAT EKONOMI DIGITAL KUALA BIKAM

PESERTA  : KOMUNITI KUALA BIKAM

 

Tujuan :

Pihak Majlis Daerah Tapah sedang menjalankan kerja-kerja Penilaian semula di bawah akta Kerajaan Tempatan 1976. 

 

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu komuniti Kuala Bikam mengisi borang penyata untuk diserahkan kepada Pegawai Majlis Daerah Tapah.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini

TARIKH     : 17 DISEMBER 2023

MASA        : 2.30 PM - 3.30 PM

TEMPAT    : PUSAT EKONOMI DIGITAL KUALA BIKAM

PESERTA  : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Aktiviti bertujuan Memupuk minat para pelajar untuk belajar Sains, Teknologi Kejuruteraan, Matematik dalam pembelajaran dan juga penciptaan.

 

Aktiviti :

Para pelajar mula membuat "REFRACTION OF LIGHT IN WATER" menggunakan bahan yang disediakan oleh petugas PEDi.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.

TARIKH     : 5 DISEMBER 2023

MASA        : 2.30 PM - 3.30 PM

TEMPAT    : PUSAT EKONOMI DIGITAL KUALA BIKAM

PESERTA  : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali huruf abc melalui pembelajaran atas talian.

 

Aktiviti :

Peserta belajar menyebut dan menyusun huruf abc melalui laman web ABCya! | Educational Computer Games and Apps for Kids.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini