TARIKH    : 10 SEPTEMBER 2020

MASA        : 3.00 PM - 5.00 PM

TEMPAT   : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

PESERTA : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Bertujuan mendedahkan kanak-kanak menggunakan Microsoft Office Powerpoint

 

Aktiviti :

Penerangan tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam ribbon tools seperti Home, Insert dan lain-lain. Peserta juga diminta untuk membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Powerpoint. Dalam masa yang sama, peserta juga dilatih untuk menaip, mengubah font, saiz font, menukar warna font dan lain-lain. Peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar, symbol, objek dan border.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini.

TARIKH     : 8 SEPTEMBER 2020

MASA        : 2.00 PM - 4.00 PM

TEMPAT    : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

PESERTA  : MURID SEKOLAH SJK (C)  KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan:

Membantu peserta untuk menguasai ilmu ICT. Meningkatkan minat peserta untuk belajar dan kreativiti peserta. Memperkenalkan cara bermain sambil belajar.

 

Aktiviti:

Petugas memberi tunjuk ajar bermain di aplikasi Funbrain.com Petugas membantu dari segi teknikal serta peserta juga dikehendaki mempraktikkannya sendiri.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini

TARIKH      : 1 SEPTEMBER 2020

MASA         : 3.00 PM - 5.00 PM

TEMPAT     : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

PESERTA   : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memperkenal teknik untuk membuat poster dengan menggunakan applikasi Canva

 

Aktiviti :

Peserta menggunakan applikasi Canva untuk menghasilkan poster dan gambar yang diinginkan.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini

TARIKH      : 7 SEPTEMBER 2020

MASA         : 2.00PM - 4.00PM

TEMPAT     : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

PESERTA   : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali huruf abc melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, monolak dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung. Selain abcya.com, pelajar juga diajar untuk mengenal dan mengetahui kiraan sifir yang terdapat di dalam website sifirdarab.com.

 

Aktiviti :

Peserta belajar menyebut dan menyusun huruf abc melalui laman web ABCya! | Educational Computer Games and Apps for Kids. Selain itu pelajar juga membuat latihan sifirdarab.com.

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini

TARIKH     : 18 OGOS 2020

MASA        : 2.30 PM - 4.30 PM

TEMPAT    : PUSAT INTERNET KG BARU KUALA BIKAM, BIDOR

PESERTA  : MURID SEKOLAH SJK (C) KUALA BIKAM, BIDOR

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta untuk membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi melalui pembelajaran atas talian. Selain itu, dalam modul ini juga terdapat permainan pendidikan bagi memastikan pelajar cekap dengan matematik seperti mengira, tolakkan dan lain-lain. Perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar secara tidak langsung. 

 

Aktiviti :

Peserta belajar membuat latihan matematik melalui laman web mathplayground.com | Educational Computer Games and Apps for Kids. 

 

Gambar - Boleh rujuk di Galeri Foto di Portal ini