Persatuan Wanita Kg Baru Kuala Bikam

          Persatuan untuk golongan wanita adalah tertakluk oleh lantikan MCA Kg Baru Kuala Bikam. Untuk persatuan GPW, carta organisasi atau AJK adalah tidak tetap kerana bergantung pada aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti melibatkan penyertaan AJK wanita yang berbeza-beza mengikut kesesuaian aktiviti tersebut. Tujuan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada setiap penduduk wanita Kg Baru Kuala Bikam menjadi AJK mengikut kecenderungan masing-masing.

        Terdapat pelbagai aktiviti yang aktif di jalankan oleh golongan wanita, salah satu daripadanya adalah Sukan Tahunan sekolah rendah berdekatan dan juga Hari Kantin sekolah. Tidak lupa juga aktiviti yang melibatkan upacara keagamaan dan penyediakan peralatan di tokong setahun sekali. Semestinya, majlis anjuran penduduk kampung sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan di bantu oleh golongan wanita yang di lantik khas bagi menyempurnakan majlis tersebut.