Kampung Baru Kuala Bikam wujud pada tahun 1948 iaitu selepas berlakunya keadaan darurat. Disebabkan konsentrasi masyarakat cina yang ramai, pihak british telah menyegerakan penempatan semula di bawah Rancangan Briggs untuk orang Cina yang bertaburan disekitar luar pekan Bidor khasnya di Jalan Tapah, Jalan Sungkai, dan Jalan Teluk Intan.

Oleh yang demikian, maka wujudlah penempatan kampung baru. Salah satunya ialah Kampung Baru Kuala Bikam. Nama Bikam diambil sempena nama seorang peneroka awal iaitu Tok Bikam yang meneroka tanah penempatan disitu. Selepas rancangan Briggs, masyarakat di situ dipisahkan kepada beberapa penempatan baru iaitu kaum Cina ditempatkan di Kampung Baru Kuala bikam yang terletak di barat Bikam. Manakala kaum Melayu di tempatkan di Kampung Baru Bikam yang terletak di timur Bikam. 

Kuala Bikam dulunya dikenali sebagai tempat perlombongn bijih timah.