CELIK IT

NAMA     : POH XIN SI
UMUR    : 13 TAHUN
AHLI       : 2020

 

Latar belakang

Poh Xin Si mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer. 

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas yang diadakan secara mingguan, beliau sudah mahir menggunakan komputer dan juga sudah pandai menggunakan Microsoft Office. Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin bersemangat menghadirkan diri ke kelas komputer yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau juga sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya semasa kelas komputer.

 

Poh Xin Si selalu mengikuti kelas dan program yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kuala Bikam.

 

Poh Xin Si juga ada menghadirkan diri mengikuti kelas multimedia untuk menghasilkan animasi menggunakan Aplikasi Powtoon.

 

:Poh Xin Si sangat aktif mengikuti kelas yang diadakan oleh Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam. 

 

Poh Xin Si  juga suka  menyertai pertandingan yang diadakan oleh Pusat Internet. Sebagai contoh beliau menyertai pertandingan kuiz matematik yang diadakan di Pusat Internet dan menjadi pemenang bagi kuiz tersebut.