CELIK IT

NAMA     : YONG JUN ZHE
UMUR    : 9 TAHUN
AHLI       : 2017

 

Latar belakang

Yong Jun Zhe mahir menggunakan komputer setelah menghadiri kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kuala Bikam.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kuala Bikam beliau tidak mahir menggunakan komputer. 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

 

Selepas mengikuti kelas yang diadakan secara mingguan, beliau sudah mahir menggunakan komputer dan juga sudah pandai menggunakan Microsoft Office. Di samping itu, hasil daripada sesi pembelajaran di pusat internet, beliau kini semakin bersemangat menghadirkan diri ke kelas komputer yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau juga sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya semasa kelas komputer.

 

Yong Jun Zhe sedang menggunakan Adobe Photoshop untuk menghasilkan poster mengenai langkah-langkah memutuskan rantaian Covid-19.

Yong Jun Zhe juga ada menghadirkan diri mengikuti kelas Microsoft Publisher untuk menghasilkan kad hari lahir.

Yong Jun Zhe sangat aktif mengikuti kelas yang diadakan oleh Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam. 

Yong Jun Zhe juga suka  menyertai pertandingan yang diadakan oleh Pusat Internet. Sebagai contoh beliau menyertai pertandingan kuiz kesihatan yang diadakan di Pusat Internet.