USAHAWAN PERNIAGAAN ONLINE ZAFIRAH CRISPY CHEESE 

NAMA     : NUR ZAFIRAH HUSNI BINTI ZAINON
UMUR    : 21 TAHUN
AHLI       : 2020

 

Latar belakang

Cik Zafirah merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Perak. Beliau memulakan perniagaan kerepek keju dan sampul pos barang sebagai pendapatan sampingan. Beliau mempunyai azam yang kuat untuk membantu keluarganya.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini perniagaan beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus membeli produk beliau. Beliau juga menggunakan aplikasi Yezza untuk mengembangkan perniagaan beliau. Aplikasi tersebut membantu beliau untuk memantau perkembangan perniagaannya.

 

Kerepek keju Cik Zafirah mempunyai pelbagai saiz iaitu saiz kecil, besar dan lebih besar.

 

Cik Zafirah sering mengikut kelas Keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam.

 

Cik Zafirah dengan produk kerepek keju beliau semasa mengikuti kelas keusahawanan Shopee yang diadakan baru-baru ini. Cik Zafirah juga tidak terlepas untuk menyertai pertandingan usahawan online 2020 yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia.