Encik Lim Poh Kuang (Usahawan Mangga Kuala Bikam)

Beliau telah menanam mangga Golden Lily dan Chokanan sejak 30 tahun yang lalu dan cukup mahir dengan keadaan dan teknik-teknik tanaman yang dapat menghasilkan produktiviti manga yang tinggi. Kedua-dua jenis manga ini berbuah sepanjang tahun. Ia di pasarkan di dalam dan juga luar negara. Untuk pembeli yang berada di utara boleh dapatkan buah mangga ini di Kampung Baru Kuala Bikam,Bidor,Perak. Ia dipetik terus dari ladang. Manakala, bagi mereka yang berada di selatan boleh dapatkan manga yang manis lagi enak ini di Skudai Johor. 
 
Bagi yang berminat dan ingin tahu selok-belok tanaman mangga ini boleh menghubungi beliau. Beliau sangat mengalu-alukan generasi muda yang ingin menceburi bidang pertanian secara serius.